Pengalaman Bersalin Anak Sulung Part 2

assalamualaikum semuaa! dah baca part 1? ni azah nak sambung part 2 pulaa. hihi. stay tune!


Jumaat, 29/03/2019 - 37w3d
semalam khamis malam jumaat, azah dipindahkan ke wad 12 sebab azah ada GL. jadi mana2 pesakit ada GL, pihak hospital akan uruskan masuk wad 12. kira wad special sikit la. (bagi azah, special sikit je, yang lain semua sama je. huhu, sakit beranak semua sama je kan). pagi jumaat tu lepas subuh, misi datang ke katil cakap doktor dah sampai, jadi nak check bukaan dan induced belon. semalam waktu di was 11, doktor check bukaan dah 2cm kan. azah mati2an doa mudah2an dah buka la bukaan lebih lagi, tak perlu induced belon lagi. haha. tapi jangkaan azah meleset. sampai je turn azah, doktor check bukaan, bukaan masih 2cm. so doktor pun induced belon. ramai yang tanya azah, induced belon ni macam mana? sakit ke? personally, jujur azah cakap induced belon ni tak sakit mana pun just kita rasa tak selesa je sebab getah (macam getah air kencing) yang dimasukkan akan tergantung. getah tu macam belon, doktor akan insert air dalam getah tu untuk menambahkan lagi bukaan. walau tak sakit, effect lepas masukkan belon tu kita akan rasa macam contraction kecil. sakit pinggang + mengeras + sakit belakang. untuk hilangkan sakiy contraction tu, azah tido je. hehe. sempat tidoo kan walau tengah sakit sikit. so since pagi tu, azah banyak jalan2 keliling wad, bersujud, buat ketuk ketampi, main tarik perlahan2 tiub belon tu, zikir, mengiring kiri kanan dan macam2 untuk menambahkan lagi bukaan. seharian jumaat tu belum rasa sakit apa-apa. sikit pun tak sakit just rasa tak selesa je sebab ada getah yang tergantung. haha.

sabtu 30/03/2019 , 37w4d
pagi tu lepas subuh, doktor datang. nak cek bukaan dah berapa. doktor tanya "belon awak tak pecah lagi ke?" "tak doktor". ringkas je jawapan azah. doktor cakap "eh yeke? takpe kita cek bukaan dulu, kalau bukaan 2cm lagi, kita induced ubat pulak ye". fuhhhh dengar perkataan induced ubat kali kedua kenaling a.k.a seram sejuk katako! hahaha. punyalah doa ya Allah, mudahan ada keajaiban. dah ada bukaan, dah ada bukaan. sekali bila doktor cek bukaan, "awak dah 4cm ni, kita cancel induced ye, misi call labor room, labor room kosong je, kita tolak patient". fuhhh masuk labor room terus????!! bertambah takut. haha. keluar je bilik pemeriksaan, misi cakap, "adik makan dulu ye, pastu inform suami, labor room kosong, kita tolak adik masuk labor room. " okay okay bertambah cuaknya. mudahan segala urusan dipermudah. terus whatsapp suami cakap kejap lagi misi nak hantar ke labor room dah.


after makan, misi nak check jantung anak. istilah medical, CTG anak. so azah pun baring dan relax jela sambil main phone. contraction time ni belum rasa lagi. masih boleh chill chill, senyum dengan jiran sebelah katil. kehkeh.



950am - 30/03/2019

ada doktor lelaki tergerak hati nak tengok CTG baby. tengok pada dahi dia berkerut, haa sudah apa masalah baby pulak ni. huhu. doktor lelaki tersebut cepat2 ke tempat meja doktor dan misi berkumpul. tak lama dua tiga orang doktor datang. dicuss punya discuss, doktor pun explain "puan, CTG anak puan tak cantik ni, macam baby dah berak dekat dalam". haa sudah, berdebarnya. terus doktor lelaki pass azah pada doktor perempuan suruh pecahkan air ketuban dan check bukaan. bukaan time tu 5cm dah. fuh fuh. waktu pecahkan air ketuban tu pun tak sakit sebab macam air biasa je kan. lepas pecahkan air ketuban, terus misi bawak baju labor room apa semua dan tolak azah ke labor room. kalau di HRPZ, azah just bawak diri dengan handphone je. pakaian baby semuanya tak bawa. selipar pun misi suruh tinggalkan di wad takut nanti hilang kan. sampainya di labor room, doktor labor room dan misi labor room pula in charge. di pasangnya CTG, check azah punya tekanan darah, masukkan branula and so on. waktu ni contraction just sikit je rasa and masih boleh senyum2 dengan misi dan doktor. tak lama dalam labor room, husband masuk teman azah.

pukul 10am masuk labor room. around pukul 11am dah rasa minor contraction and makin worst worst worst dan worst contraction. allahuakbar. saat ni, rasa sembelit yang teruk + sakit pinggang yang teramat sangat + perut mengeras + sakit belakang. Allah Allah. setiap kali datang contraction azah akan genggam tangan husband kuat kuat. sunggij contraction sangat sangat sangat sakit! betul la orang kata kan, bersalin ni macam dah separuh mati. tulang tulang banyak yang retak sekaligus. allahuakbar. indahnya kebesaran Allah kan. selalu misi tanya nak ubat tahan sakit tak. azah cakap taknak mulanya. berulang kali misi tanya, akhirnya pukul 115pm azah bersetuju ambil ubat tahan sakit. misi inject di punggung seingat azah. then, masuk je azan zohor, azah suruh suami pergi solat dulu, minta suami doakan agar azah dipermudahkan urusan. waktu dok melayan contraction sorang2 tu, mulut tak lepas zikir doa nabi yunus sambil doa cepat la husband datang, tak tahan sangat dah. doktor dok round round dengan misi dengar la mereka sebut 3 in 10, 3 in 5, 2 in 1 apa semua tulah. azah pun tak faham sebab azah just layan contraction je. sewaktu contraction tu pun, berulang kali doktor dan misi seluk bukaan. layanan misi pun baik sangat, dihulurnya gas etanox suruh azah sedut bagi lega sikit tapi rasanya azah tak lega sikit pun. hahaha. tapi even tak lega, lali lali nak tidur tu ada la jugak.


start 11 pagi sehinggalah 6 petang azah layan contraction yang maha dasyat, akhirnya

.
.
.
.
.

kita sambung last part ye. 💕




No comments