February 16, 2018

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Salam semua!


selamat berhujung minggu. so post kalini pasal hari ketiga 30 things in 30 days challenge. klik SINI untuk check it out apa la permainan challenge ni kan :p ahaks. boleh la korang tambah2 entri guna game ni. bagi yang lack of ideas, boleh try buat game ni untuk banyakkan entri korang tau :)



okay, harini nak cerita pasal idea untuk jadikan first date kita ni perfect. jujurnya, kami mana ada first date pun. hahaha. sebab duduk sekampung so mana tahu dan mana ingat bila kali pertama kami berjumpa. ewah. suami kata kali pertama jumpa, suami dah jatuh hati pada isterinya ni. lalala. ye ke macam tu? agaknya boleh percaya tak ye? haha. okay okay, memandangkan azah ni mana ada first date dan azah ni bukanlah sweet romantik mana pun, so point-point Idea of the Perfect First Date ni azah buat apa yang terlintas di fikiran azah waktu ni.



1. Dapatkan izin ibu ayah

apa apa yang nak dibuat pun mesti dapatkan izin mak ayah. azah berani tabik for those keluar dengan bukan mahram dan dapat keizinan daripada mak ayah. inform la mak ayah, sekurangnya mak ayah tahu apa aktiviti kita kan. lagi baik first date di rumah bakal isteri je.



2. Bukan berdua-duaan

sambut first date dengan berdua-duaan tu bukannya romantik mana pun. kalau dah suami isteri, okaylahh nak first date berdua-duaan kan tapi kalau bukan mahram tu, lebih baik ELAKKAN. tak elok mata memandang. so kalau nak keluar berdua as mahram, better la ditemani orang ketiga. kalau keluar berdua macam tu, orang ketiga yang menemani syaitan ye. so no no no keluar berdua.



3. Katakan TIDAK kepada bunga-bunga

seriously tak semua perempuan sukakan bunga. alamak aii. azah salah seorang yang tak sukakan bunga. membazir tau beli bunga mahal mahal, last last layu jugak. hahaha. tu belum masuk cerita beli bunga di cameron highlands, balik rumah esok terus layu. punyalah excited kata bunga boleh tahan sampai bertahun kan. eleh, sembang je lebih :P haha. so why not tukarkan kebungaan tu kepada something yang biasa tapi romantik seperti contohnya chocolate, suprise delivery, buskers nyanyi, atau something yang orang tak biasanya buat :P




4. Pilih tempat yang boleh dijadikan memori

seeloknya tempat date tu biarlah kawasan orang ramai dan tempat yang menarik sebab tempat tu lah yang akan diingati sampai bila2. contohnya, rumah bakal pengantin isteri. eh menarik tau kalau nanti cucu cicit tanya kat mana first date kita pastu kita jawab kat rumah. haa. secara tak langsung tu boleh tunjukkan nilai yang baik untuk anak cucu. yelah, nak dapat family yang sakinah mawadah warahmah, kita dulu yang kena jadi mawadah warahmah. hehe




rasanya tu jela dulu kot :P azah nasihatkan first date ni biarlah dengan ORANG YANG TEPAT dan PADA WAKTU YANG TEPAT supaya kita tak tersalah langkah kemudian hari. first date biarlah simple dan sederhana, lepas kahwin nanti banyak lagi perkara-perkara penting yang melibatkan duit tau. :) so, fikir-fikirkan dan selamat beramal.





February 15, 2018

Tips Pemakanan Untuk Hamil

salam semua.


harini genap la kami berkahwin 4 bulan :) anak? tipulah kalau taknak. apa orang cakap semua kita buat, apa orang suruh, semua kita buat. haha. awal memang awal lagi kahwin tapi dah kami teringin sangat nak baby kan :P apa apa pun, kite merancang Allah yang menentukan segalanya. kena ingat tu. kalau Allah belum kata ye, jadi tiada apa pun yang akan terjadi.


saja nak bercerita. dua minggu lepas ada berjalan ke rumah saudara. hmm. dulu waktu kahwin, sepupu suami pun kahwin pada hari yang sama juga. jadi majlis kami diadakan serentak. nak dijadikan rezeki, cousin azah bunting pelamin dan azah masih kosong. mungkin bagi saudara azah dia bergurau tapi bagi azah, gurauan dia tu tak kena tempat. dia cakap azah ni makin berisi, dah ada isi ke. azah cakap la benda betul. belum ada. takkan nak tipu kan. so dia pun cakap


"******** kahwin sama hari dengan awak, dia dulu pregnant, hebat dia lah, awak tak hebat lagi"


perghhh sentap noks! hebat tak hebat jangan laa pertikaikan. semuakan Allah yang tentukan :( 

azah: Allah bagi rezeki awal dekat dia, siapa kita nak mempersoalkan. dah sama-sama berkahwin, rezeki dia baby awal. rezeki kita tak sampai lagi, nak wat macam mana.


sudah-sudah la tu membandingkan. anak ni bukan harini proses esok dah terus ada. tak payah nak berlagak saya kahwin seminggu dah mengandung. tak payah. semuanya rezeki Allah tetapkan. please la, jangan cerita/bertanya pasal anak lebih-lebih lagi untuk pasangan yang NAK ANAK SANGAT. please la. macam mana nak mengandung kalau stress. please. kahwin dulu baru rasa bukan senang nak anak seorang tu. ada rezeki awal, ada la. kalau takde rezeki lagi, nak buat macam mana? get my point? 


so setakat 4 bulan dalam usaha nak pregnant ni, azah ada ikhtiarkan :

1. susu kambing original
2. hi goat susu kambing serbuk
3. lazz susu kurma
4. asid folic
5. jus delima NAR EKSISI





1. SUSU KAMBING ORIGINAL

susu ni senang je dapat sebab rumah azah dekat dengan pengedar susu kambing original. syukur. kalau ada duit lebih, boleh la beli banyak sikit. sedap susu ni :D azah minum macam tu je kekadang. ihiks. susu kambing ni azah start makan bulan 1 on off

2. HI GOAT SUSU KAMBING 

HI goat susu kambing ni azah start makan awal bulan 1. setiap pagi minum satu sachet. dalam tu ada pek 25 pcs je. lepas habis, azah try lazz susu kurma pula

3. LAZZ SUSU KURMA

rasanya sedap! azah consume setiap pagi atau sekali ingat. hahaa


4. ASID FOLIC

yang ni azah makan satu biji sehari start 5/12/2017. haa gigih ingat. haha. tablet kecik je so senang nak telan :) dah jadi rutin dah makan asid folic ni. kalau tak makan tak sah. hahaha. bestnya asid folik ni, bulan pertama azah makan waktu nak period tu, tiga hari awal berketul ketul darah hitam keluar. lega sungguh rasanya! best laa. dia betulkan balik hormon kita. azah period memang regular every month cuma risau la kot darah tak habis kan. ni selepas azah consume asid folic, darah smooth je keluar :)

5. JUS DELIMA NAR EKSISI

azah start consume jus ni pertengahan bulan satu. azah makan waktu malam sahaja sebelum tidur. satu sudu plastik jus delima dicampurkan dengan air suam. sedap. rasa masam masam manis. hiks


so, kesimpulannya dalam masa sebulan dua ni azah amalkan :

pagi minum susu kambing
tengahhari atau petang makan asid folic
malam makan jus delima 



mudahan ada rezeki selepas ni. aamiin ya rabbal alamiin. azah doakan mora korang yang TTC pun ada rezeki ye :D aamiin. 



February 14, 2018

Food Review - Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu

salam semua. 


sabtu lepas azah dan suami berkesempatan ke restoran nasi ulam cikgu di kota bharu kelantan. kebetulan weekend kan, dua dua tak kerja, so boleh spend masa bersama. hari sabtu ramai orang sungguh di bandar. sesak sangat. so kami rempit je laki bini ke sana. haha. niat ke sana nak belanja makan sahabat kami, amirul sebab dapat further studies ke New Zealand. hehe. kita nak ke sana tak tahu bila, cukup la meraikan mereka kan. Amirul ni boleh dikatakan kawan baik azah juga waktu dekat kolej dulu. kalau azah dan kawan-2 yang lain tak faham topik, dia la yang jadi rakan rujukan kami. dia siap buat tutorial lagi. bagus betul amirul ni. moga Allah selalu merahmati dia. aamiin ya rabb.


lokasi Restoran Nasi Ulam Cikgu berdekatan je dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu, dekat juga dengan Pasar Siti Khadijah dan Muzium Negeri Kelantan. so alang-2 pengunjung nak ke Kelantan, boleh singgah banyak tempat sekaligus. haa menjimatkan masa dan tenaga! hehehe. Restoran Nasi Ulam Cikgu ni ada dua cawangan berdekatan. so korang boleh pilih mana-mana tempat kosong. dua dua ada lauk yang sama dan harga yang sama.





apa yang bestnya pasal Restoran Nasi Ulam Cikgu ?

1. makanan sedap

sungguh azah cakap. sedap gila! banyak pilihan lauk lauk yang ada. berderet. air pelbagai jenis. lauk yang melambangkan kenegerian pun banyak. ada ikan patin masak tempoyak, ada budu, ada ulam-ulaman terung, kacang botol, mangga muda, ikan talapia, ayam kampung, ayam, sotong, udang celup tepung. eh seriously banyak la! sampai kita rambang mata. haha. makanan dah la banyak. sedap pulak tu. nyumm!



2. bayaran murah

seriously azah cakap murah sungguh! seketol ayam celup tepung portion besar rm3 sahaja. ikan keli celup tepung rm6 sahaja. dah lah besar ikan kelinya. haha. tak habis kami laki bini makan. last2 azah paksa ratah je ikan keli tu. azah dah banyak kali makan dekat restoran nasi ulam ni, suami baru first time. tu azah bawa suami makan situ. kebetulan nak raikkan amirul sekali, so makan je Restoran Nasi Ulam Cikgu ni. harga yang azah dicaskan hanya rm29 sahaja tau! azah makan ikan keli celup tepung, ayam 2 pcs, ulam-ulaman, budu cicah asam limau dengan mangga muda, tembikai, air bandung cincau, square pula makan telur, ayam dan ulam-ulaman. kalau ikutkan memang banyak lauk tapi harga yang kena cas murah je! nyumm


try la kalau nak tahu macam mana pun okay! :DD




oh ye, azah panggil amirul ni sebagai a square/square. lupa nak cerita, square ni nama asalnya amirul ammar tapi sebab huruf A didepannya ada dua kali, so jadi la A kuasa 2. takkan la nama nak panggil A kuasa 2 kan, in english A square. tu dari masa belajar di kolej profesional mara indera mahkota kuantan pahang lekat nama a square. sampai sekarang la dipanggil a square / square. nak dijadikan cerita kan, a square ni lambat sampai. kami sampai dari pukul 1230 lagi. janji pukul 11 pagi tapi ada perkara tak boleh dielakkan, so terlambat sikit. a square sampai dalam pukul 120 dah. hehe. tapi takpe, kami okay je :D sementara tunggu square sampai banyak gelagat yang kami dapat tengok.









yang kelakarnya kan. dalam menunggu square, ada la seorang abang ni, dari belakang memang bentuk macam square, azah pun cakap la kat suami "macam square la b dari susuk belakang" . suami tengok2 je. tup tup laki tu berpaling. laaa bukan rupanya. suami pun terus kata " tu bukan square, tu triangle" kihkih. tak baik sungguh suami ai ni! tapi memang macam nampak badan segitiga sikit dia sebab perut dia kecik tapi dada bidang. heheh. kan ada jenis bentuk badan triangle :'D


lepas square sampai je, kami pun start la makan makan. suami dah menambah dua kali dah. punyalah double makan sebab breakfast tadi tak makan pun. hiks. naik badan la suami uiii :P tapi takpe, bambam pun isteri tetap sayang! hehehe. banyak benda la yang kami share share. last jumpa square waktu kami kahwin haritu, kira dah 4 bulan la tak jumpa. sebelum 4 bulan tak jumpa, setahun tak jumpa. haha. so bila lama tak jumpa, banyak la benda cerita. azah pun cerita perkembangan kami apa semua kan. 



 


bila dah 230 petang macam tu. masing-2 minta diri nak balik. square pun kena kemas barang-barangnya dah. in shaa Allah, 20 haribulan 2 ni dia akan fly ke New Zealand (NZ). 16 haribulan akan ke Kuala Lumpur. alhamdulilah. dalam 5-6 orang juga wakil pelajar dari Kolej Profesional Mara Indera Mahkota batch azah akan fly studies oversea. kita tumpang gembira je la kan. hehe



rajin2 belajar ye semua. jaga diri baik-baik. banggakan nama ayah mak dan juga banggakan nama kolej ye! in shaa Allah nanti jumpa lagi square, amar, auni dan lain-lain :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman